Monday, 27 January 2014

S.A.B.A.H

Assalamualaikum 2014..
Alhamdulillah diberi kesempatan Allah S.W.T utk terus bernafas di muka bumi ini..Baru sahaja berkesempatan meng"update" blog yg da sekian lama bersawang dan ditumbuhi kulapok nih..hu3.Kalo tanya pasal azam 2014 ni, sng je jwpn aku..TIADA. Ha??? Jgn terkejut..mmg x ada azam melainkan yg ada harapan dan impian..Hurm..sedap sikit telinga mendengar..Kalo kita guna perkataan harapan dan impian ni sedikit sebanyak dpt memujuk hati utk berusaha mencapai apa yg kita inginkan..sekiranya x tcapai pown, xdela rase terkilan or sedih..x gitu..Xnak cite panjang2, cuma nak list down cikit je rentetan yg berlaku sekitar bulan Januari 2014 ni..he3..jom..
     -16 Januari 2014 -
Tarikh yg agak bermakna buat aku sebab inilah tarikh REZEKI buat aku dan kekasih hati aku..Result posting dia keluar.Alhamdulillah..aku syukur sangat2.
Penantian dia da berakhir..Posting mana.Ha..SABAH.Alhamdulillah..cikitpown aku x terkejut or sedih..kenapa?Ini semua takdir Allah S.W.T. Aku bersyukur sbb aku percaya setiap ketentuan-Nya mesti ade 1001 hikmah tersembunyi untuk aku dan dia.Perasaan aku hanya gembira dan syukur..cikit pown aku x sedih nk bjauhan dgn dia nnt.Tabah x aku???ha3.Perasaan dia?Jgn ckp la..Penyedih org nye..nmpk je mcm bonzer..ati kecik cm kuman..he3..i lup u..Since ari yang dia dapat tau kena posting kat Sabah, sume mood dia tunggang terbalik..Cian kekasih ati aku ni..Kesedihan melampau telah menyelubungi idup dia..ha3.Aku ni hanya mampu bagi motivasi dan kaunseling utk menaikkan semula semangat dia.Aku harap kesedihan dia x berpanjangan la..
      -18 Januari 2014-
Aku tarik cuti aku sebab nak spend masa dgn dia.Arini aku temankan dia pg UTC Perak..Kitorang pg Imegresen utk uruskan passport dia.Terjumpa dgn 2 org kwn dia Aisyah & Billy..Diorang ni kena posting kat Sarawak.So habiskan masa dating dgn berjalan2 dan terus berjalan..Sampai la mase dia nk hantar aku blk.Kesedihan dia dtg blk..he3.Tapi disebabkan aku da warning dia siap2 semalam, dia berjaya x nangis dpn aku.aku mmg x nangis.ha3.kejam kan?


   sedap x cheese cake leleh yang aku beli..nyum3
  


                         Cikgu Akmal

       -20 Januari 2014-
Arini dia pegi Nilai.Parents & adik2 dia hantar.Nape aku x hantar???Sebab dia xnak aku ikowt & wat dia bertambah nagis..he3.Aku da offer baek punya..nak aku hantar kan ke,die jawab xpayah..kui3.Dia akan berkampung 2 ari camtu utk sesi taklimat before pegi Sabah.Malam tu dia bagitau kat aku yg dia da tau kat mana sekolah dia nnt.Sandakan..SK Sungai Kayu.Aku pown sibuk meng"goggle"..fuhhttt..hampir2 terkentut plak...naseb sebelah airport je sekolahnya..ari2 bley tgk kapal terbang landing..hahaha..Alhamdulillah bkn pedalaman.Terima Kasih Ya Allah..Kau permudahkan urusan dia..
       -22 Januari 2014-
Tibalah mase berangkat..Jom kita terbang..he3.Arini dia bertolak ke Sabah.Flight die ke Kota Kinabalu..then baru naek flight ke Sandakan pulak.Bila da sampai sana ade Hamba Allah yg baik ati iaitu cikgu kat situ dtg amek dan siap tumpangkan dia bermalam..Alhamdulillah..baik sungguh ati cikgu ni..siap sediakan makan lg.
       -23 Januari 2014-
Bermulalah rutin dia sbg pendidik..Tahniah sayang..Semoga Allah mpermudahkan segala urusan kamu disana..Itulah doa aku setiap ari..Semoga Allah mpermudahkan niat kami untuk membina masjid nnt..Amin..weee~

Thursday, 14 June 2012

.H.A.P.P.Y. B.I.R.T.H.D.A.Y. D.A.R.L.I.N.G.

Happy Birthday Darling.. Alhamdulillah, hari ini genaplah umur "DIA" yang ke 27 tahun.. Semoga Allah panjangkan usia dan kurniakan kesihatan yang baik utk "DIA"...Harapan kami cuma satu,semoga Allah permudahkan impian dan niat kami untuk membina sebuah keluarga yang bahagia..Amin..

CINTA HATIKU SAYANG,
Cinta aku untuk kamu tak pernah padam..InsyaAllah..akan aku pertahankan sehingga hayat ku yang terakhir nanti..

Friday, 1 June 2012

~K>E>C>E>W>A~

Kecewa..pernah x rase kecewa yg teramat sangat?Benar kata orang, melalui perkataan saja kita boleh mengecewakan orang lain.dan lebih mengecewakan lagi jika perkataan itu keluar drpd mulut orang yg plg kita kasih dan percayai..Sejak semalam kecewa itu menemani aku..dan ia masih setia menanti untuk aku pada hari ni.Mengapa??? Mengapa dia masih membiarkan kecewa itu menemani aku? Mana pergi belas kasihan dan rasa sayang??? Mungkin masa yg aku perlukan untuk menilai kembali apa yang telah aku lalui..

Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu

Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku?
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu?
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku?
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat… Sayang…

Tuesday, 29 May 2012

Kembali semula..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..setelah sekian lame dinding ini terbiar bersarang, akhirnya aku dapat menulis semula..bukan kisah cinta novel mahupun drama..tapi perasaan aku...aku..wanita yang sangat kecil mahupun hati dan jiwanya..

Kita sering alpa apabila mempunyai sebuah cinta..sedangkan cinta itu seharusnya terus disemai dengan tunas2 cinta dan dibajai dengan kasih sayang.. Kita cuma hanya tersedar bila mana cinta itu mulai layu dan mati.Dan pada waktu itu juga kita mulai merintih akan betapa lelah dan sakit yang tidak berbaloi..Kita cuma pandai membuat batas dan menyemai benih cinta sedangkan kita xpernah tahu bagaiman untuk mempertahankan tunas cinta agar ia terus tumbuh mekar menjalar dan berbuah rimbun...

Monday, 30 January 2012

Lagu meroyan saye..

Ombak rindu


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

P/s :Lagu yang sering jadi peneman saye di kala memandu.. Sgt best and touching lagu ni.. Dan ajaibnya tentang lagu ni, airmata saye akan automatik mengalir dgn laju tiap kali mendengarnya.. X ade sebab yg pasti.. tp saye menjadi sangat emosional hampir2 meroyan la jugak..

Hidup..

"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.  Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.  Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

Salahkah jikalau kita punya impian??? Atau salahkah kita kerana membiarkan diri terus tenggelam dalam khayalan??? Seringkali impian dan harapan saye tkubur demi berkorban utk kepentingan org lain.. Tp sampai bila??? Sampai bila harus saye pendamkan kekecewaan ini??? Mungkin saya dilahirkan untuk berkorban dan terus terkorban..

"Tidak semua yang kita ingini mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan."

Sunday, 22 January 2012

Tabahlah wahai hatiku

Luka dijari nampak berdarah.. luka di hati x siapa yg tau.. Ada.. Satu2nya yang maha mengetahui. Allah S.W.T.. Sesungguhnya hanya Dia yg mengetahui hati dan perasaan aku.. Seringkali aku merasa sakit.. Sakitnya ujian yg Dia dtgkan buat aku.. Seringkali juga aku bertanya, mengapa aku yg DIA pilih untuk menerima semua kesakitan ini.. Astaghfirullahalazim.. Tersedar aku kembali.. Mengapa meski aku merungut atas apa yg ditakdirkan untuk aku? Seharusnya aku panjatkan syukur kerana DIA masih menyayangi aku lantas ingin mengujiku.. DIA mahukan aku untuk membina kekuatan rohani dan jasmaniku.. DIA mahu aku benar2 berada di landasan-NYA.. Ya Allah.. Ampunkan aku atas kesilapan ini.. Kau tabahkanlah hatiku untuk meneruskan perjalanan hidup yg telah Engkau takdirkan buat aku.. Kau tetapkanlah pendirian dan rasa cintaku padanya.. Sesungguhnya aku insan serba kekurangan.. Siapalah aku untuk mempersoalkan takdir yang telah kau tetapkan..Siapalah aku untuk menolak ujian yang Engkau aturkan..

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

 
Abdullah bin Mas'ud r.a

~ Siapalah aku untuk meminta2??? Siapalah aku untuk menentukan semua yg terjadi seperti yg aku mahukan.. Siapalah aku???~