Sunday 22 January 2012

Tabahlah wahai hatiku

Luka dijari nampak berdarah.. luka di hati x siapa yg tau.. Ada.. Satu2nya yang maha mengetahui. Allah S.W.T.. Sesungguhnya hanya Dia yg mengetahui hati dan perasaan aku.. Seringkali aku merasa sakit.. Sakitnya ujian yg Dia dtgkan buat aku.. Seringkali juga aku bertanya, mengapa aku yg DIA pilih untuk menerima semua kesakitan ini.. Astaghfirullahalazim.. Tersedar aku kembali.. Mengapa meski aku merungut atas apa yg ditakdirkan untuk aku? Seharusnya aku panjatkan syukur kerana DIA masih menyayangi aku lantas ingin mengujiku.. DIA mahukan aku untuk membina kekuatan rohani dan jasmaniku.. DIA mahu aku benar2 berada di landasan-NYA.. Ya Allah.. Ampunkan aku atas kesilapan ini.. Kau tabahkanlah hatiku untuk meneruskan perjalanan hidup yg telah Engkau takdirkan buat aku.. Kau tetapkanlah pendirian dan rasa cintaku padanya.. Sesungguhnya aku insan serba kekurangan.. Siapalah aku untuk mempersoalkan takdir yang telah kau tetapkan..Siapalah aku untuk menolak ujian yang Engkau aturkan..

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

 
Abdullah bin Mas'ud r.a

~ Siapalah aku untuk meminta2??? Siapalah aku untuk menentukan semua yg terjadi seperti yg aku mahukan.. Siapalah aku???~

No comments:

Post a Comment